Monday, April 15, 2019

LAWATAN TERANCANG DAN BERJADUAL (LTJ) KE PREMIS WALIT DAN PENGUSAHANYA ADALAH PERLU



Salam hormat,


Kebelakangan ini saya berpeluang meninjau ke beberapa premis walit yang bermasaalah. Satu perkara penting yang saya temui ialah kurangnya kesedaran pengusaha terhadap perlunya pemantauan dan pengurusan yang berkala terhadap premis walit mereka. Keaalpaan mereka telah menimbulkan keadaan TIDAK AMAN di dalam rumah-rumah tersebut. Keadaan ini adalah merupakan salah satu punca utama kenaapa populasi walit tidak berkembang dari tahun ke setahun.

Dengan lain perkataan RBW yang bermasaalah adalah kesan daripada “pengusahanya yang bermasaalah” dalam hal ini. Itulah punca sebenar. Apa yang kita lihat pada RBW ini adalah merupakan kesan atau simptom kepada “masaalah” pada pemiliknya.

Ekoran daripada tinjauan ini, saya berpendapat LTJ perlu dilakukan oleh kakitangan JPV Daerah dari bidang berkenaan. Pengusaha yang mempunyai kewangan yang kukuh boleh melantik mana-mana perunding bagi tujuan yang sama.

Saya sedar akan kelemahan yang ada di peringkat jabatan, khususnya dari segi pengalaman serta ilmu kakitangan berkaitan dalam bidang ini. Tetapi itu pada hemat saya tidak seharusnya menjadi penghalang besar kepada perlaksanaan program ini. Mereka boleh meminta pandangan daripada perunding industri walit bagai mana sesuatu masaalah pokok itu dapat diselesaikan.

Satu lagi hal yang tidak kurang jua pentingnya ialah kurangnya keyakinan para pengusaha kepada cakap-cakap atau cadangan pihak perunding, khususnya perunding yang tiada memiliki RBW sendiri. Tambahan pula sebelum itu telah beberapa orang perunding melakukan penambahbaikan tetapi gagal juga.

Saya dapati kes-kes sebegini dapat diselesaikan dengan mendedahkan mereka, secara terus, kepada beberapa premis RBW yang berjaya. Di samping menyuntik semangat, mereka juga akan dapat rakan walit yang baharu di mana mereka boleh merujuk apabila timbul sesuatu masaaalah.




                    Lawatan : Pengusaha KEJORA di Kota Gelangi Jerantut


Dari sudut pengusaha yang mana kepakaran dan RBW mereka jadi bahan rujukan, dalam sessi pendedahan ini amat sessuai diberikan sedikit imbuhan. Ini bagi menghargai masa dan ilmu yang mereka curahkan kepada pengusaha-pengusaha yang bermasaalah tadi. Buatlah satu keputusan dasar akan kadar yang sesuai. Kerja sama sebegini adalah merupakan satu usaha untuk sama-sama berjaya.

Di samping program LTJ ini, amat sesuai jika pihak berwajib mempertingkatkan program KURSUS PETERNAKAN BURUNG WALIT kepada semua pengusaha walit. Pengusaha yang bermasaalah adalah pengusaha yang kurang berilmu dalam bidang ini. Pecahkan program kepada ASAS PETERNAKAN BURUNG WALIT dan KURSUS LANJUTAN yang mana memberikan fokus kepada bahagian-bahagian peternakan yang lebih khusus.

Usaha seperti ini dan jika dilaksanakan secara berterusan saya yakin akan dapat membantu ramai pengusaha walit untuk terus berjaya, khususnya dari kalangan orang Melayu.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Monday, April 8, 2019

PEMASANGAN SARANG TIRUAN ( SARTI ) YANG BETUL



Salam hormat,

Sebagaimana yang anda telah maklum, SARTI adalah merupakan pemikat atau pengalak yang anda boleh gunakan untuk memikat walit-walit muda menginap dan membuat sarang di dalam RBW anda.

Sememangnya ada di pasarkan beberapa jenis SARTI. Anda tida perlu membeli dan menggunakan SARTI berkenaan, memadai dengan mengunakan bahan tepakai seperti polystreen bekas perkakas elektrik yang kita beli.

Kerat polystreen berkenaan kepada 0.5” X 2” X 4” atau 1” X 2” X 4” pun boleh. Tiada saiz yang khas bagi tujuan ini.

Lokasi dan kaedah pemasangnnya yang di sarankan adalah seperti di dalam gambar berikut. Ini tidak bermakna di sirip yang tiada tweeter tidak boleh diletakkan kepingan polystreen tadi.



                                         SARTI Di atas tweeter


                                SARTI telah digunakan oleh walit


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Monday, April 1, 2019

MEMPERINGATI SEMULA ISU SEMUT SEBAGAI MUSUH WLIT

Salam hormat,

Saya telah pernah menulis beberapa kali masaalah ini di dalam blog saya terdahulu. Kali ini saya ingin meningatkan semula pentingnya masaalah semut ini di tangani pengusaha, supaya ia tidak menjejaskan perkembangan populasi walit.

Pada 19hb March,2019  saya berkesempatan melawat sebuah RBW di Batu Pahat, Johor. Satu daripada masaalah kenapa sukar untuk walit terus berkembang di premis ini, pada pendapat saya, ialah gangguan semut.

Sekarang ( penghujung bulan March ) adalah masa anak-anak walit yang berada di dalam SBW terus membesar dan akan terbang keluar tidak berapa lama lagi. Apa yang saya dapati di dalam premis ini ialah beberapa anak walit yang diganggu (diketik) semut (gambar 01-03), ada yang sampai terjatuh daripada sarangnya. Ada yang mati di dalam sarang akibah gigitan semut-semut ini. Ada juga yang gelisah dan tak boleh diam disebabkan gigitan berkenaan. Lihat beberaapa gambar berikut.




                                               Gambar 01



                                                  Gambar 02


                                                 Gambar 03


                         Anak walit mati dalam sarang digigit semut


Penilaian saya tentang masaalah ini berpunca daripada kurangnya perhatain kepada RBW ini di atas sebab-sebab tertentu. Ekoran daripada kurangnya pemantauwan, seterusnya kurangnya aktiviti pengurusan yang berkaitan maka masaalah ini berterusan di dalam RBW ini tanpa disedari pengusaha sendiri.

Saya dapati longkang di sekeliling bangunan sememangnya ada, tetaapi tidak berair. Sepatutnya longkang senantiasa  berair dan ia adalah merupakan salah satu kaedah menghalang semut untuk naik dan memasuki bangunan.



                                                Longkang sekkeliling RBW kering


Satu perkara lagi, saya perhatikan RBW ini berkedudukan di dalam lingkungan sawah padi. Dari sudut lokasi rumah adalah sesuai. Tetapi di musim hujan dan apabila air sawah naik, saya percaya banyak semut-semut yang berada di dalam sawaah ini akan merayap dan mencari lokasi yang tinggi, yang mana salah satu yang di dapatinya ialah premis walit ini.Semut-semut ini akan cuba menaiki bangunan.


Maka amat perlu peningkatan pemantauwan premis di masa-masa tersebut.




Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).