Monday, August 31, 2015

KESELAMATAN DI TEMPAT BEKERJA ( DALAM RBW )

Salam keMERDEKAan dan salam sejahtera,

Apabila memasuki RBW, jika lagu dalam (suara dalam) tidak dipadamkan, adalah sesuai dan digalakkan supaya anda memakai ear plug sekurang-kurangnya, seperti yang ditunjukkan di bawah. Mr Lim hanya mengguna pakai kertas tissue sahaja.



Terlalu kerap terdedah kepada bunyi (lagu dalam RBW) yang kuat sekitaran 70db boleh mengurangkan keupayaan anda mendengar dengan jelas ketika berada di luar sana.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, August 28, 2015

TAMBAH LUBANG MASUK UNTUK TINGKATKAN POPULASI

Salam hormat,

Triang,25hb August: Pada tarikh ini saya berada di bandar Triang, Pahang untuk ikut serta di dalam program JPV Pahang untuk membuat saringan kuman di dalam RBW. Saya akan paparkan ceritanya di halaman yang akan datang.

Semasa menunggu persiapan program, saya berhenti di suatu kedai tidak jauh daripada pejabat JPV Bera. Daripada kedai ini kelihatan sebuah RBW yang agak aktif.


                                                        RBW Yang Dimaksudkan

Perhatikan satu lubang masuk tambahan (atas awning merah). Menurut seorang rakan, penambahan lubang masuk ini telah berjaya meningkatkan populasi walit yang mendiami rumah berkenaan. Memang saya akui ada walit yang suka memasuki rumah mengikut lubang sisi berbanding lubang atas atau secara terjun. Perhatikan juga lubang masuk asal di atas bangunan terkebelakang sekali.

Semasa saya duduk dikedai berkenaan, memang banyak juga walit yang keluar-masuk bangunan melalui lubang berkenaan.

Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun