Saturday, May 30, 2015

KELKATU SEJENIS SERANGGA MAKANAN WALIT

Salam hormat,

Pemerhatian ini dibuat pada 09.05.15 di bandar Kuala Terengganu. Kira-kira jam 7.40 malam, semasa saya melintasi jalan berhampiran Bank Islam Kuala Terengganu, kelihatan banyak sekali walit "berkerumum" sekitaran papan tanda bank yang berwarna putih. Pada waktu ini kebiasaanya walit telah hampir semua memasuki rumah mereka. Oleh kerana kelkatu ini, masih banyak yang mengambil kesempatan menyambar kelkatu yang banyk keluar dan beterbangan ketika itu.

Sempat saya menangkap beberapa ekor kelkatu tersebut. Pemerhatian saya:-

1. Mempunyai dua kepak nipis yang serupa bentuk,
2. Panjang badan (body length): 0.5 sm,
3. Lebar badan: 0.2 sm
4. Badan berwarna: choklat muda ( light brown)


                                                    Kelkatu Kecil

Dari segi biologynya, ia tergulong ke dalam oder Isoptera. Saya mengatakan ia sejinis kelkatu kerana sesungutnya lurus (antennae lurus), memiliki kepak yang serupa bentuknya dan bahagian tengah badan lebar (semut mempunyai bahagian tengah badan yang genting ).


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Monday, May 25, 2015

SEMINAR MENINGKATKAN PRODUKTIVITI RBW BILANGAN KE 4 2015

Salam hormat,

Sekadar memberikan gambaran sahaja. Pada seminar yang dianjurkan oleh JPV Putra Jaya, sebagai satu usaha jabatan untuk membantu pengusaha, khususnya Bumiputra, untuk meningkatkan produktiviti RBW masing-masing, telah diadakan di Port Dickson, hotel Grand Beach Resort.



Pemerhatian saya, penyertaan pada kali ini amat berkurangan sekali. Kemungkinan ramai para pengusaha di kawasan N Sembilan dan Melaka tidak mengetahuinya. Kunjungan saya ke sebuah premis RBW di Mesjid Tanah Melaka , baru-baru ini, membuktikan ada benarnya kenyataan tersebut. Beliau tidak mengetahui langsung mengenainya. Kemungkinan juga kerana ia dilaksanakan pada hari bekerja.


                                    Banyak Tempat Kosong

Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, May 1, 2015

SEMINAR SEHARI INDUSTRI SBW DI KERATUNG 9 MUADZAM SHAH

Salam hormat,

Untuk pengetahuan dan makluman anda yang berminat, satu seminar sehari mengenai perkembangan industri SBW akan di adakan di dewan orang ramai Felda Keratung 9, pada 03hb Mei,2015 dan bermula jam 8.00 pagi.

Seminar ini dianjurkan oleh JPV Pahang dan diberikan secara percuma. Makan dan minum juga disediakan. Anda adalah dijemput untuk turut serta.

Skian


Dr Azizol bin Mohd Sharun