Thursday, November 27, 2014

MAHA 2014

Salam hormat,

Anda sudah ke MAHA 2014? Bagi mereka yang dekat mungkin tiada masaalah untuk datang melawat. Bagi mereka yang tinggal jauh, tambahan di musim cuaca yang kurang baik ini, mungkin bermasaalah untuk datang.

Saya telah melawat pusat pamiran antarabangsa ini pada 22hb November, 2014 yang lalu. Di seksyen burung walit, dari segi pendekatan dan bahan pamiran saya perhatikan tidak banyak beza daripada tahun lepas. Gambar berikut adalah menghadap ke booth pamiran produk dan tambah nilai industri walit.


Disebelah kanan tapak adalah pamiran oleh beberapa syarikat yang menghasikan produk tambah nilai.


Manakala di dalam booth utama, ada dipamirkan alat robotik yang dikatakan mampu membuat kerja-kerja mencuci SBW. Pamiran dilaksanakan oleh pasukan daripada UTM Skudai.



Di dalam booth ini juga di adakan pertunjukkan memasak SBW dan para pengunjung diberikan secawan kecil untuk menikmatinya. Di ruang yang sama turut dipamirkan peluang pelaburan di dalam sektor ini.

Pada 29hb akan diadakan beberapa aktiviiti tambahan untuk sektor ini dan insyaAllah saya akan menghadirinya, untuk melihat apa yang akan mereka ketengahkan, terutamanya untuk pengusaha yang bermasaalah dengan RBW mereka.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, November 1, 2014

WALIT KEMBALI DAN BERSARANG DI MAKMAL WALIT DR AZIZOL

Salam hormat,

Sebelum ini saya menceritakan kisah serangan burung hantu terhadap RBW yang dikenali sebagai Makmal Walit Dr Azizol. Ekoran daripada kejadian ini saya telah memungut kesemua sarang yang ada di kedua-dua tingkat bangunan ini. Daripada tarikh serangan tersebut (30hb Julai, 2014) dan juga pembunuhan salah seekor daripada burung hantu berkenaan, saya tidak berbuat apa-apa terhadap rumah ini, sehinggalah ke tarikh pemantauan saya kali ke dua selepas serangan, iatu pada 22hb Oktober, 2014. Saya juga tidak berbuat apa-apa mengenai sisa-sisa tinggalan burung hantu yang terdapat di dalam rumah ini terutamanya di dalam ruang legar dan berdepan dengan pintu masuk walit.

Untuk pengetahuan anda juga, ke dua-dua lagu (luar dan dalam) telah lama tidak berfungsi sehinggalah sekarang, oleh kerana kegagalan sistem bekalan elektrik ke bangunan ini.

Pemantauan saya pada 22hb Oktober, 2014, lebih kurang 3 bulan daruipada tarikh serangan, mendapati walit telah mendiami rumah ini seperti biasa. Daripada luar pintu masuk ke bangunan di tingkat bawah, kedengaran bunyi ecolocating walit....kek..kek..kek..

Apabila saya masuk rumah ini ditingkat bawah, nyata terdapat beberapa ekor walit berterbangan. Saya juga dapati sebanyak 37 sarang dipelbagai peringkat telah dibina di tingkat bawah ini sahaja, empat daripadanya telah anda anak-anak walit di dalamnya. Saya tidak membuat pemeriksaan tingkat atas pada kali ini.

Cumanya pada jam 6.15 petang hingga ke jam 7 malam, kelihatan walit masih menghadapi kesukaran untuk memasuki bangunan, sehinggalah ke saat akhir senja. Mulanya saya mengganggap masih ada salah seekor burung hantu di dalam bangunan. Pemerhatian saya, sehingga jam 8 malam tidak kelihatan burung hantu keluar.

Sungguh pun perkembangan positif ini telah berlaku, saya akan terus berbuat sesuatu, khususnya di bahagian pintu masuk burung walit bagi mengelakkan kes serangan ini daripada berulang. Saya juga sedang berusaha untuk memperolehi satu sistem solar untuk bekalan elektrik ke sistem suara dan sistem lampu berkelip untuk dipasang di depan bahagian atas pintu masuk walit.


Skian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun