Tuesday, December 30, 2014

DARI JAKARTA MELALUI BOGOR KE BANDUNG

Salam Hormat dan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2015, semoga pada tahun 2015 akan berlakunya sesuatu perubahan yang lebih baik untuk peserta yang terlibat di dalam industri SBW di negara kita, Amin.

Di halam yang lepas saya menyatakan pada 5hb Disember, 2014 saya berada di Jakarta. Kami sebenarnya dalam perjalanan, melalui Bogor, ke Bandung. Kami balik ke Malaysia pada 9hb Disember.

Sebagai peminat dan pendokong industri walit, saya mesti membuat pemerhatian apa sahaja yang berkaitan dengan industri ini, termasuklah semasa saya berkunjung Indonesia pada kali ini. Pada hari kedua lawatan, kami menuju ke Bandung. Di kiri dan kanan perjalanan saya terus meneliti dan memerhatikan bangunan-bangunan dan di ruang udara sama ada wujud atau pun tidak aktiviti walit. Pemerhatian saya tidak kelihatan aktiviti berkenaan.

Di Lembang, berhadapan dengan restoren kami makan tengah hari ada kelihatan satu premis seakan-akan sebuah RBW. Tiada speaker kelihatan atau lagu pemikat walit kedengaran. Apabila diperhatikan betul-betul, memangnya ada seekor dua burung seriti yang terbang mengelilingi bangunan ini.

                                       Sekali Pandang Sebuah RBW

Demikian juga keadaanya di Kota Bandung, ada bangunan yang kelihatan didiami oleh burung seriti.

                                          Juga Diperhatikan Ada Seriti


                                    Perhatikan Gelas Yang Bercalar Putih

Sememangnya ramai diantara mereka yang menternak burung walit di Indonesia memikat burung seriti dahulu, kemudian dengan menggunakan strategi putar telor, secara perlahan-lahan berubah menjadi penternakan burung walit.


Semasa balik pula, di terminal antarabangsa ada kelihatan produk SBW dijual di kedai "Made In Malaysia".

Sekian secara ringkas pemerhatian saya,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Saturday, December 27, 2014

DARI MAJALAH TRUBUS DISEMBER 2014 XLV

Salam Hormat,

Semasa saya berkunjung ke Indonesia pada 5hb Disember yang lepas, saya membeli majalan ini semasa menunggu penerbangan balik di Lapangan Terbang Sukarno-Hatta Jakarta. Saya sememangnya kalau ke Indonesia misti mencari dan membeli majalah ini yang penuh dengan rencana pertanian, termasuk peternakan burung walit.

Kali ini saya ingin berkongsi dan memaparkan semula konsep Rumah Murah untuk walit yang direncanakan oleh seorang perunding industri walit di Indonesia ini, yang baru berusia 31 tahun, Philip Yamin.

Salah satu rekabentuk yang beliau sarankan ialah yang berbentuk sejajar ( antara runag legar dan ruang bersarang ) seperti di dalam rajah berikut.


                                     Rekabentu Rumah Murah Walit

Saiz lubang masuk ialah 40cmX60cm. Manakala ruang legar dan ruang bersarang berukuran 4mX4m (12'x12'). Rumah yang disarankan ini agak besar sedikit daripada makmal Walit Dr Azizol (12'X20') di Jerangau. 

Satu perkara yang menarik ialah dinding pemisah antara ruang legar (ruang putar) dan ruang bersarang diperbuat daripada kain berwarna hitam sahaja (lihat rajah). Menurut beliau lagi, perlu diperhatikan lokasi dimana bangunan ini ditempatkan. Jika sekitaran telah ada dan banyak RBW yang berskala besar, kemungkinan walit untuk berkunjung ke rumah kecil ini agak sedikit. Jadi ia sesuai dibina di lokasi yang belum ada RBW didirikan.

Skian.


Dr Azizol bin Mohd Sharun