Saturday, January 26, 2013

URUSAN JUAL-BELI SBW TERHENTI SEKETIKA

Salam hormat,

Mulai hari ini saya dimaklumkan oleh pembeli biasa bahawa urusan jual-beli SBW telah mula ditutup, ekoran penutupan pasaran di negeri China, sempena sambutan Tahun Baru. Perkara ini berlaku disetiap tahun, cumanya saya memperingatkan mereka yang memiliki SBW pada ketika ini.

Bagi mereka yang memiliki SBW, saya cadangkan supaya menyimpan baik-baik sarang tersebut sehingga pasaran di buka semula selepas Tahun Baru China nanti.

Walau pun pembeli terpaksa menerima jualan, bagi kes-kes tertentu, tetapi pembeli mengambilnya dengan harga yang teramat murah, sekitaran RM1K sekilogram.


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 23, 2013

EKSPOT SARANG BURUNG KE CHINA MASIH BELUM BERLAKU

Salam sejahtera,

Ekspot sarang burung walit ke negara China masih belum berlaku. Demikian kata YH Dato Tok Teng Sai (Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit) di satu sessi perbualan dengannya di Primula Hotel, Kuala Terengganu pada 17hb Januari, 2013. Menurutnya lagi, kita sedang menunggu kedatangan para pengodit daripada pihak China, untuk membuat odit terhadap 29 pusat pemprosessan sarang burung walit di Malaysia. Jika ini berhasil, dengan menggunakan satu bar code, mereka ini akan dibenarkan mengekspot SBW yang telah dibersihkan ke China.

Beliau juga menyatakan pihak persatuan sedang berusaha untuk menubuhkan satu exchange centre untuk walit yang akan berperanan untuk menstabilkan harga SBW di pasaran tempatan. Jika harga jatuh dibawah suatu harga, pihak exchange centre akan membeli sarang-sarang berkenaan. Disamping itu pusat ini juga menyediakan kemudahan kredit kepada pengusaha. Sebanyak RM300 juta sedang djana bagi membolehkan pusat ini beroperasi. Lokasi pusat akan ditempatkan di Damansara, Kuala Lumpur. Sama-samalah kita mengikuti perkembanganya.

Berkaitan perkara yang sama, satu MOU yang melibatkan orang terkaya di Jepun, Korea dan Taiwan sedang dirangkan. Pihak berkenaan akan membeli daripada Malaysia kira-kira 50 tan sebulan untuk dipasarkan ke negara masing-masing. Usah ini bertujuan untuk memecahkan tumpuan pasaran yang selama ini hanya ke negara China sahaja. Dengan demikian nanti gangguan pasaran di negara China tidak lagi memudaratkan pasaran SBW Malaysia dan pengusaha kita akan mendapat harga yang lebih stabil dan baik di masa yang akan datang. Malangnya, menurut beliau lagi tiada orang terkaya daripada Timur Tengah yang dapat dilibatkan di dalam MOU berkenaan.

Skian, untuk makluman tuan-tuan pengusaha semua,



Dr Azizol Mohd Sharun

Tuesday, January 22, 2013

AWAS: ULAR DALAM BILIK AUDIO

Salam hormat,

Tiga hari lepas saya buat pemantauan terhadap RBW (Makmal Walit Dr Azizol) di PLV Jerangau. Ekoran banjir baru-baru ini saya hendak menilai ketingghian banjir dan sejauh mana ia menjejaskan RBW ini. Untuk makluman rakan-rakan semua banjir kali ini amat memeranjatkan saya. RBW ini hampir tengelam separuh! Kesan ketinggian paras air melepasi switch box elektrik. Gambaran penuh serta kesanya akan saya muatkan dalam siri yang akan datang.

Kali ini hanya satu perkara sahaja saya nak muatkan disini. Awas: Ular dalam bilik audio. Ya ular di dalam bilik audio. Saya cuma ingin mengingatkan rakan-rakan yang ada RBW di lapangan, berhati-hati apabila memasuki bilik audio. Keadaan dalam rumah yang masih lembab dan sejuk selepas banjir berkemungkinan menarik minat ular. Lihat gambar berikut.



Skian,



Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, January 13, 2013

TANAH UNTUK DIJUAL

Salam hormat,

Hari ini sudah 13 hari kita melalui tahun baru tahun 2013. Saya percaya rakan-rakan telah menyiapkan sasaran (matlamat) yang hendak dicapai di penghujung tahun ini beserta dengan pelan tindakanya sekali. Saya juga berkeyakinan anda telah memindahkan pelan tindakan itu ke dalam dairi anda dan dilabelkan dengan prioriti A1. Dengan demikian nanti anda tidak terlepas pandang akan perkara-perkara yang penting dalam hidup anda di sepanjang tahun 2013 ini.

Berbalik kepada bidangusaha walit pula, ini ada sebidang tanah, seluas 4ekar yang hedak dijual segera. Maklumat tanak adalah seperti berikut:-

1. Lokasi Tanah: Mukim Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah Negeri Sembilan.
2. Jarak daripada bandar kecil Tanjung Ipoh ialah kira 2.5 Km
3. Kedudukan tanah: Di atas bukit (nanti ada gambarnya).
4. Bekalan apai dan air terdekat ialah kira 800 meter daripada tapak.
5. Jalan ke lokasi: Di letakkan batu kecil dan dimusim hujan agak lichin.
6. Status tanah: Rezab Melayu.
7. Harga Jualan : RM45,000 seekar (RM empat puloh lima ribu) (boleh dirunding semula ).

Ujian kehadiran walit telah saya lakukan, dan didapati sesuai untuk didirikan sebuah RBW.

Berikut adalah gambar-gambar di tapak berkenaan. Untuk makluman anda kerja-kerja tapak telah dibuat oleh pemilik tanah.


                                            Pondok Di Tapak Asal


                                  Tapak bangunan yg disiapkan oleh pemilik


                               Pandangan ke kiri tapak: Pemandangan Indah


                            Jajaran Lebuhraya LEKAS di belakang kawasan ini

Mengikut maklumat yang ada, Lebuhraya LEKAS di rancang untuk di bina yang akan menghubungkan Senawang, Kuala Pilah, Serting dan bandar Tun Razak di Pahang. Jajarannya tidak jauh daripada lokasi tapak.

Perhatikan juga lereng bukit ini boleh diteres untuk ditanam pokok buahan atau pun sawit-getah.


                                         Pemandangan ke hadapan tapak


Jadi bagi mereka yang ingin membuat perladangan campuran, termasuk sebuah RBW berserta dengan sebuah Chalet ( Week end retreat ) atau dijadikan homestay amat sesuai.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.




Skian


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 11, 2013

"DAYA TAHAN LELAKI SAYA PUN SEMAKIN BAIK" : Satu testimoni untuk kaum lelaki

Salam hormat,

Berikut adalah satu testimoni, mungkin ramai kaum lelaki yang berminat nak tahu.

Saya telah menggunakan produk Jelly Collagen Plus SBW ini hampir 2.5 tahun. Dulu saya mengalamai maasaalah usus, susah buang air besar (sembelit) tapi Alhamdullilah semenjak mengamalkan Jelly ini setiap bulan, saya senang buang air besar dan masaalah letih & lenguh kaki semakin hilang. Daya tahan lelaki saya pun semakin baik.

                                        Mohammad Muzauddin Zakaria ( 013 920 0444 )

Sekian sahaja buat kali ini.

Terima Kasih


Dr Azizol Mohd Sharun

Thursday, January 10, 2013

KULIT SAYA AMAT HALUS DAN LICHIN: Satu lagi testimoni tempatan

Salam Sejahtera,

Saya memang berhasrat untuk mengalakkan lebih ramai ahli masyarakat tempatan memakan produk SBW. Apabila kita mengetahui khasiatnya yang amat balik kenapa kita orang tempatan tidak mengamalkan memakannya.

Sebelum saya merakamkan tentimoni yang ke dua ini, saya dimaklumkan produk Jelly Collagen Plus SBW ini telah menggunakan label atau sticker yang baru, saperti yang digambarkan di bawah.




Berikut adalah testimoni mengenai kesan amalan memakan produk ini terhadap kulit wanita.

Saya telah mengamalkan Jelly Collagen Plus SBW ini selama 2 tahun. Saya dapati kulit saya sangat halus dan lichin berbanding sebelum ini. Jeragat di muka saya kian pudar. Saya sangat berpuas hati dengan produk ini.

                                 Roshaimiza Ibrahim ( 013 969 9946 ).

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, January 9, 2013

Kanser Pangkal Rahim : Satu testimoni tempatan

Salam sejahtera,

Kali ini saya hendak berkongsi satu testimoni tempatan serta penggunaan Jelly Collagen Plus Sarang Burung Walit. Jelly collagen Plus SBW ini adalah satu produk tambah nilai SBW yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat Bumiputra yang berpengkalan di Wakaf Tapai, Terengganu. Produk ini dijual dalam bentuk pekatan jelly, seperti yang dipaparkan di bawah.



Berikut adalah salinan testimoni seorang pengguna dan kini seorang pengedar produk, yang telah sembuh daripada kaser pangkal rahim yang dihidapinya sebelum ini.

Asalamualaikum. Nama saya Maziana Bt Awang, tinggal di Pulau Serai Dungun Terengganu. Saya menghidapi kanser di pangkal rahim dalam masa yang sama saya lumpuh & terlantar selama setahun 6 bulan, setelah diperkenalkan Jelly Collagen Plus Sarang Burung ini, Alhamdullilah habis 6 botol saya sihat boleh bangun & berjalan seperti sediakala, rambut saya yang selama ini gugur (botak) sudah tumbuh semula dengan lebat. Sekarang saya pula menjadi pengedar dalam masa yang sama ia telah menambah pendapatan bulanan saya.
                                                           Maziana Awang ( 013-9319051 ).

Cara penggunaan produk ini ialah dengan memakan, sama ada secara asli atau dicampur ke dalam jus, dua sudu besar disebelah pagi dan dua sudu besar di sebelah malam.


Saya berharap, paparan kali ini akan dapat memberikan satu harapan kepada mereka yang mengalamai masaalah yang sama. Produk ini dijual runcit dengan harga antara RM42 ke RM50 sebotol.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun.

Wednesday, January 2, 2013

HARGA SBW BERTAMBAH BAIK

Selamat Tahun Baru 2013 dan salam sejahtera,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013. Semoga tahun ini kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, serta dikurnian juga kesihatan yang terbaik mungkin, Amin.

Nampaknya kebelkangan ini harga SBW mentah telah mula meningkat. Berikut adalah gambaran yang terkini.


Dengar khabarnya di Rompin harga mencecah RM2.0K bagi gred AA.

Apa yang mustahak bagi mereka yang memiliki RBW tetapi tiada berhasil, bermulah untuk memperbaiki rumah berkenaan. Carilah jalan bagi tujuan tersebut. Jangan nanti apabila harga mencecah RM2,500 sekilogram baru kita nak berusaha memperbaiki keadaan.

Sekian, selamat maju jaya.


Dr Azizol Mohd Sharun