Thursday, November 29, 2012

SEMINAR KEBANGSAAN WALIT 2012

Salam bahagia,

Sempena MAHA 2012 yang sedang berlangsung sekarang, satu sessi seminar Industri Walit diperingkat Kebangsaan telah di adakan di Marriott Hotel Putra Jaya pada 26 dan 27 hb November, 2012 lalu. Seminar adalah anjuran bersama MARDI dan DVS , selaku penganjur utama, serta penganjur yang lain seperti UPM, Agro Bank, dan Jabatan Standard Malaysia. Sebanyak 12 kertas kerja dan hasil penyelidekan telah di bentangkan oleh pakar-pakar yang berkaitan.

Motto seminar kali ini ialah: Peningkatan DAYA SAING & Kelestarian INDUSTRI.



Objektif Seminar, di antaranya termasuklah;

1. Mengenalpasti dan memberi kefahaman mengenai isu-isu pemasaran, cabaran dan status terkini struktur pembangunan serta insentif kerajaan bagi memajukan industri,
2. Menyebarkan maklumat baru dan kemajuan amalan-amalan dalam sistem pengeluaran, pembangunan terknini teknologi pemprosesan dan industri hiliran sarang burung walit,
3. Membincangkan kedudukan dayasaing industri sarang burung walit negara di peringkat antarabangsa, dan
4. Mencadangkan strategi dan perancangan bagi memajukan industri sarang burung walit.


Turut serta dalam pembentangan ini ialah wakil daripada pemborong SBW daripada negera China. Mereka membuat pembentangan di dalam bahasa China dan diterjemahkan oleh penterjemah yang di lantik. Kertas yang dibentangkan bertajuk: Building up New Order for Development of China's Edible Nests Industry.




Seminar ini telah diresmikan oleh YB.Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Sempena majlis peresmian ini juga Jabatan Standard Malaysia juga telah melancarkan Buku Dokumen Malaysian Standard.



Ia juga merupakan satu garis panduan kepada industri walit negara.

Satu perkara yang amat penting, yang disampaikan di dalam persidangan kali ini ialah wujudnya satu Pusat Kecermerlangan Walit Negara yang berpusat di UPM. Pusat ini menjalankan segala kegiatan berkenaan penyelidekan-penyelidekan yang berkait dengan industri walit di Malaysia. Kertas berkaitan dengan pusat ini dibentangkan oleh Ketua Pusat berkenaan , iaitu Profesor Datin Paduka Dr Aini Ideris yang bertajuk EBN COE: Towards Competitiveness and Sustainability. Saya penuh yakin dengan adanya pusat ini, industri walit akan dapat berkembang dengan lebih pesat dan lestari di masa-masa yang akan datang.

Skian,

Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, November 24, 2012

MAHA 2012 International

Salam,

Hari ini saya sempat melawat beberapa gerai di persekitaran Agrobazar dan juga dewan pamiran Hall C. Saya mendapati sebanyak 9 lot gerai yang menjual jus dan produk SBW. Kebayakkan mereka adalah wakil pengedar di negeri masing-masing. Pada hri ke dua MAHA hari ini saya perhatikan jualan tidaklah begitu memberangsangkan. Berkemungkinan tidak ramai pengngunjung.

Di gerai Ag Walit juga sedemikain, tidak ramai pengunjung. Ramai yang lalu pun hanya setakat melihat sahaja. Minat untuk bertanya juga kurang. Saya turut perhatikan ramai di antara pengunjung yang masih tidak mengetahui apa itu SBW serta apa khasiatnya.




Dalam kekeurangan permintaan, sempat saya merakamkan respon jiran kami yang membeli Bird's Nest Coconut Shake.



Berikut adalah gambar dekat produk berkenaan.



Sekian dahulu, sedikit laporan daripada MAHA 2012 International.


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, November 23, 2012

BIRD'S NEST COCONUT SHAKE OLEH AgWalit

Salam sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi. Kali ini saya akan bercerita sedikit mengenai Bird's Nest Coconut Shake yang dihasil dan dijual oleh Ag Walit. Seperti yang ada pada nama produk itu sendiri, ia mengandungi EBN dan Kelapa muda. Bagaiman ia di buat sebenarnya...maaf tak boleh nak cerita..itu rahsia syarikat. Tapi memang sedap dan harganya pun berpatutan. Bagi sesiapa yang akan berkunjung ke MAHA di Serdang, silalah berkunjung ke Agrobazar (FAMA), Ag Walit berada di sana.



Produk ini telah mula diperkenalkan kepada umum pada pertengahan bulan ini di MIDIN Air Keroh Melaka. Semasa promosi ini di buat (gambar di atas) memang saya perhatikan mendapat sambutan di luar jangkaan kami. Semua golongan mencubanya dan ada juga yang datang semula untuk mendapatkanya.

Saya bagi pihak Ag Walit mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada FAMA Melaka yang telah memberikan peluang bagi kami mempromosikan produk berkenaan.

Syarikat berkemungkinan akan mewujudkan satu sistem franchaise, bagi menjual produk ini. Kami berharap ia akan terus mendapat sambutan dan dengan wujudnya sistem franchaise ini kelak akan dapat memberikan peluang pendapatan kepada ramai generasi muda.

Ini juga merupakan salah satu usaha syarikat untuk memasarkan EBN ke pasaran tempatan.

Skian...apa tunggu lagi...mari kita cuba dulu....bestttnyer..


Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, November 12, 2012

FAKTA PEMAKANAN SARANG BURUNG WALIT (EBN)

Salam hormat,

Paparan kali ini akan menambah ilmu serta kefahaman kita tentang kekuatan serta faedah EBN kepada badan dan kesihatan kita.

Pertama

Daripada 200 jinis gula yang terdapat secara semulajadi, hanya 8 sahaja daripadanya amat diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi secara normal. Gula-gula tersebut ialah xylose, fucose, galactose, glucose, manose, N-acetylglucoseamine, N-acetylgalactoseamine, N-acetylneuroaminic acids (Sialic Acid ). 7 daripada 8 gula-gula ini terdapat di dalam EBN.

Kedua

Sialac acid turut dikaitkan dengan kepintaran minda dan fungsi sistem saraf pada kanak-kanak. Ia juga boleh menurunkan LDL dalam darah. Acid ini juga dikaitkan dengan ketahanan seseorang terhadap jangkitan influenza (selsema) jinis A&B. Ia juga dikaitkan dengan tahap kesuburan seseorang.

Ketiga

N-acetylgalactoseamines diperlukan oleh sistem saraf untuk berfungsi dengan lancar. Kekuranagn gula ini dalam darah kita boleh menyebabkan kehilangan daya ingatan yang serius.

Keempat

N-acetylglucoseamines adalah merupakan bahan asas (precusor) kepada glycosaminoglycan. Glycosaminoglycan ialah bahan atau struktur komponen tulang rawan (cartilage) di sendi-sendi kita. Bermakna mengamalkan memakan EBN, terutamanya oleh golongan tua boleh menghindarkan penyakit sendi (arthritis) dan amat sesuai bagi mereka yang sedang mengalami penyakit ini.

Saya petik fakta-fakta yang tersebut di atas daripada International Food Research Journal 18 (3): 1123 - 1127 (2011) pada bahagian Introduction penerbitan berkenaan.

Bermakna EBN ini amat berguna dalam usaha menjaga kesihatan seseorang. Sesiapa yang mampu atau yang bermasaalah seperti yang dipaparkan di atas anda digalakkan mencuba mengamalkan memakan EBN ini. InsyaAllah ada kesanya.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, November 9, 2012

AgWALIT MENGELUARKAN PRODUK SARANG BURUNG WALIT

Salam hormat,

Hari ini merupakan satu sejarah bagi AgWalit. Syarikat telah berjaya mengeluarkan produk air sarang burung walit dan julung kalinya dipamirkan di pamiran sempena Majlis Perasmian RTC Negeri Melaka yang di adakan di Kuala Sungai Baru bermula hari ini sehingga 11haribulan.

Kami berharap, Y.A.B Perdana Menteri akan berkesempatan untuk singgah digerai syarikat (No 74) dan melihat sendiri produk-produk berkenaan.





Buat permulaan ini ia dikeluarkan dalam dua bentuk sahaja, iaitu dalam botol bermuatan 125 dan 375ml (gambar di atas ).

Ke dua-dua produk ini akan dipasarkan oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Baharu, seperti yang tertera di bawah. Sesiapa yang berminat dan berada di Johor atau Melaka bolehlah membuat sebarang pertanyaan kepada syarikat ini mulai sekarang.

                           Norhadi Gemilang Food Enterprise,
                           Block 18, FELDA Air Tawar 5,
                           81920 Kota Tinggi Johor
                           (Tel:0105364794 atau 0127325074)

Produk ini juga akan dipamirkan di MAHA yang akan datang ini. Setakat hari ini beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut dalam usaha memasarkan produk-produk ini.



Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun