Monday, July 23, 2012

RAHSIA BILIK GELAP DI ATAS LOTENG

Dalam usaha saya untuk mengalakkan orang Melayu supaya terlibat di dalam bidangusaha peternakan burung walit, gambar berikut merupakan salah satu daripada gambar-gambar yang saya tunjukkan kepada peserta.




Pemilik rumah ini bertekad untuk berbuat sesuatu di bahagian atas siling rumah ini, selepas menghadiri satu kursus peternakan burung walit di Pulau Pinang. Hanya beliau sahaja peserta tungal kursus berkenaan.


Beliau membuat pengubahsuaian ruang di atas loteng ini dengan kos sebanyak RM9,000.00 sahaja. Setelah siap di dapati suhu di dalam bilik ini sekitaran 30 selsius pada waktu siang.


Perhatikan kedudukan serombong dan lubang masuk walit. Kedudukan ini disifatkan sebagai "walit masuk bangunan tidak mengikut pusingan jam".


Sedikit-sebanyak cerita beliau, memulakan pengubahsuaian pada tahun 2006 dan mula membuat panggilan pada tahun yang sama iaitu pada bulan Ogos. Walit mula memasuki bilik ini selepas 2 minggu membuat pemanggilan. Pada tahun yang sama pada bulan November sudah terdapat 3 biji sarang.


Beliau mula mengutip dan menjual sarang pada tahun 2007. Jualan pertama melibatkan 3 biji sarang sahaja dengan harga RM24.00. Pada bulan Mie tahun yang sama beliau membuat kutipan kedua dan menjualnya dengan harga RM100.00. Berikutnya beliau membuat kutipan sarang sebanyak 6 kali dalam setahun, yang melibatkan bulan April, Mei, Julai, Ogos, Oktober dan November.


Purata pendapatan beliau pada tahun 2010, dan dengan kadar harga di masa berkenaan, ialah sebanyak RM500.00 sebulan. Ini sudah merupakan satu pendapatan tambahan yang baik bagi keluarga ini. Jangkaan beliau bilik gelap ini  mampu memberikan hasil sebanyak 2 Kg pada setiap kali pungutan dibuat.


Kerja-kerja pembersihan dan nyah serangga dibuat sekali dalam tempoh 2 bulan.


Berikut adalah rajah bilik gelap ini serta ukuranya.




Dari sudut teorinya agak mustahil bilik serendah ini sesuai untuk burung walit, terutamanya bagi anak-anak walit yang hendak memulakan penerbangan. Daripada pengalaman rumah pengusaha ini, nampaknya itu tiada masalah dan rumah ini terus didiami walit dan bersarang.


Seterusnya saya paparkan beberapa gambar di dalam bilik berkenaan untuk kefaham kita semua.














Berikut pula beberapa gambar di bahagian lantai dan dalam rumah pengusaha. Perhatikan bilik gelap ini berlantaikan tikar getah bagi menghalang habuk serta kotoran walit tiris ke dalam rumah kediaman pengusaha. Perhatikan juga botol air, sebagai usaha beliau untuk meningkatkan kelembapan di dalam bilik berkenaan.








Berikut pula bahagian luran bilik ini, bermula dengan pintu masuk ke bilik dan gambar ruang tamu di mana di atasnya ialah bilik gelap yang digambarkan sebelum ini.






Sehingga kini saya dimaklumkan tiada sebarang masalah dengan kesihatan ahli keluarga pengusaha. Bagi walit pun nampaknya tiada masalah dengan kegiatan atau aktiviti keluarga di dalam rumah ini.


Aplikasi terbaharu konsep ini adalah lebih kemas dan mantap. Lihat gambar berikut, juga bilik gelap di atas loteng. Juga penting bagi anda perhatikan, apakah mustahil bagi pinjaman perumahan rumah ini dijelaskan oleh walit??
Renung-renungkan lah..




Sekian untuk kali ini. Saya berharap anda telah belajar sesuatu darpada penulisan kali ini.




Dr Azizol Mohd Sharun

Saturday, July 21, 2012

KEPINGAN MOZEK (MOSAIC TILES) DI SEKELILING BANGUNAN SEBAGAI KAEDAH PENGHALANG MUSUH WALIT

Dalam sessi penerangan mengenai Amalan Peternakan Yang Baik (GAHP) bagi peternakan burung walit, saya kerap menunjukkan gambar dimana di sekeliling lubang masuk walit ditampal atau dilapik dengan beberapa lebar kepingan mozek, sebagai satu langkah menghalang musuh walit daripada memasuki bangunan.




Di dalam ceramah lain pula, saya juga menunjukkan kepingan alluminium, selebar 3 kaki di tampal disekeliling bangunan, pada ketinggian antara 2 ke 6 kaki daripada tanah, bagi tujuan yang sama. Ia terbukti berkesan bagi mengelakkan musuh walit seperti biawak, tikus dan ular.






Pada hari ini (21hb Julai, 2012) saya melawat ke sebuah RBW di Manir, Kuala Terengganu. Tujuan lawatan ialah untuk memberikan pandangan ke dua kepada pengusaha mengenai kedudukan dan keadaan RBW beliau. Di akhir lawatan itu saya tertarik dengan penggunaan kepingan mozek yang dipasang disekeliling bangunan bagi mencegah musuh walit. Sungguh pun agak mahal jika di bandingkan dengan penggunaan kepingan alluminium, tetapi ia nampak lebih kemas dan cantik.






Skian, untuk renungan kita bersama. Selamat menjalankan ibadah puasa. Semoga amalan kita diberkatinya. Amin.




Dr Azizol Mohd Sharun

Monday, July 16, 2012

MAKMAL WALIT DR AZIZOL: AN UPDATE

Pada 5hb Julai, saya menjalankan kegiatan memungut sarang, di makmal ini bagi kali yang kedua. Tidak banyak sarang yang boleh dipungut memandangkan hampir semua sarang ada telor.


Di dalam update hal yang sama pada bulan May lepas saya ada menunjukkan sebuah sarang yang berlapis. Di dalam sarang ini, pada pemeriksaan kali ini mendapati ada 3 biji telor. Biasanya walit bertelor 2 biji sahaja atau pun sebiji pada setiap kali bertelor. Ini adalah merupakan kes yang agak unik dan perlu di rakamkan disini untuk makluman semua.




Skian sahaja buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

Wednesday, July 4, 2012

RBW PPRT KELOLAAN JPV TERENGGANU

Kali ini saya mengenengahkan hasil RBW di bawah skim PPRT yang dibina oleh JPV Terengganu sejak tahun 2010. Di Daerah Hulu Terengganu sebanyak 8 buah telah didirikan. Pada masa yang sama, melalui kontrektor yang berlainan, beberapa RBW yang rekabentuknya sama telah juga dibina di daerah Dungun.


RBW ini berskala kecil dan berukuran 10 kaki lebar, 15 kaki panjang dengan ketinggian papan sirip daripada lantai lebihkurang 10 kaki. Bagi saya saiz RBW ini adalah merupakan yang terkecil, paling simple yang pernah dibina oleh JPV dan ditujukan khas bagi golongan PPRT di negeri ini. Harga sebuah ialah RM10,000 sahaja.


Pada peringkat pembinaan dahulu, ramai pihak yang tidak bersetuju dan menyatakan walit tidak akan mendiamai bangunan sekecil ini. Ada juga pihak yang terang-terang menuduh JPV Terengganu tidak pandai serta tidak mengetahui selok-belok pembinaan dan keperluan burung walit. Seterusnya menuduh JPV Terengganu membazirkan wang kerajaan dan akhirnya meninggalkan harapan sahaja bagi golongan PPRT yang terlibat.




Hari ini ternyata kenyataan pihak berkenaan tidak betul. Pada bulan Jun lepas saya telah berkesempatan melawat 2 daripada 6 buah rumah yang berhasil di daerah Hulu Terengganu. Kesemuanya 8 buah telah didirikan. Bermakna 2 buah sahaja yang belum didiami walit.


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam, semasa lawatan dibuat.






Kesan daripada "dinding separuh" antara ruang legar dan nesting area, menjadikan suasana dalam nesting area yang gelap. Perhatikan kepingan plywood digunakan.




Semasa saya berada di dalam nesting area ini, suhu dalam bangunan ialah 33.5 selsius. Perhatikan lapisan dalam bangunan menggunakan plywood (gambar bawah). Pada peringkat awalnya kami bimbang menggunakan kepingan plywood ini untuk siling, dan lapisan dinding sebelah dalam. Setakat hari lawatan dibuat, tiada masalah yang wujud berkaitan dengannya.






Hanya terdapat 4 buah tweeter sahaja di dalam nesting area. Papan sirip jinis meranti dan tida beza yang ketara dengan RBW lain. Cumanya papan sudut tidak dipasang.




Bebrapa buah sarang tiruan disediakan.








Saya tidak bersekempatan lagi untuk melawat RBW yang serupa di daerah Dungun. Saya telah di maklumkan di Dungun, satu rumah pun belum didiami walit. Kita semua sedar bahawa daerah Dungun adalah bersebelahan dengan daerah Hulu Terengganu. Apakah walit tahu atau faham persempadanan ini? Satu perkara yang jelas, RBW di Dungun dibina oleh kontrektor berlainan. Kemungkinan suara memikat yang digunakan turut berbeza. Walau apa pun kedua-dua situasi ini memerlukan satu kajian yang mendalam. Jika saya berkesempatan melawat RBW di bawah program PPRT di Dungun, saya akan laporkan sebarang penemuan di dalam blog ini di masa yang akan datang.


Skian.


Dr Azizol Mohd Sharun

PRODUK ZEOLITE UNTUK RUMAH BURUNG WALIT

Mini MAHA Negeri Sembilan telah di adakan baru-baru ini antara 25hb hingga 30hb Jun, 2012. Ia diadakan di tapak pamiran Paroi. Saya berkesempatan untuk melawat pamiran kali ini dan saya lakukan pada 26hb Jun.


Amnya, pamiran kali ini lebih baik dan tersusun. 


Bagi JPV Negeri Sembilan nampaknya mereka memberikan tumpuan kepada haiwan kesayangan. Terdapat sebuah klinik rawatan dan pembedahan haiwan kesayangan disediakan untuk orang ramai. Taman Haiwan berkonsepkan petting zoo juga turut di adakan.


Saya dimaklumkan bagi industri walit, hanya terdapat tiga syarikat pembekal perkhidatan dan peralatan walit dan dua gerai yang menjual produk hiliran SBW yang sempat saya lawati. Bermakna pihak JPV Negeri Sembilan sendiri tidak melibatkan diri secara langsung di dalam usaha menggalakkan bidangusaha ini pada Mini MAHA kali ini.


Di gerai syarikat APADANA, saya lihat satu produk daripada Zeolite yang mungkin boleh digunakan di premis walit tertentu. Ia lebih kepada usaha menyerap lebihan gas yang terdapat di dalam RBW. Bagi saya ini kali pertama saya melihat produk seumpama ini di jual kepada pengusaha RBW. Saya memangnya sedar bahawa zeolite adalah bahan yang mampu menyerap bau. Pendedahan ini diterima semasa lawatan saya ke sebuah premis memproses zeolite untuk ekspot di Surabaya, Indonesia. Ia turut digunakan di dalam proses penapisan air untuk minuman.






Sesiapa yang memerlukan produk ini bolehlah berhubung terus dengan syarikat APADANA.


Skian




Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, July 1, 2012

KURSUS PETERNAKAN BURUNG WALIT BULAN JULAI

Sepertimana di bulan-bulan yang lalu, sekali lagi AG Walit Training Centre akan mengadakan kursus peternakan walit pada tarikh dan lokasi seperti yang tertera.




Ia adalah merupakan kursusu sehari.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak dan menjemput sesiapa sahaja yang memerlukan ilmu serta kemahiran dalam bidangusaha ini untuk turut serta. Peluang untuk memasuki rumah walit semasa berkursus jarang-jarang boleh di perolehi, jadi jangan lepaskan peluang ini.


Gambaran praktikal semasa berkursus, boleh dilihat dalam blog ini, paparan bulan March dan April tahun ini.


Bagi rakan-rakan yang telah berkursus dengan kami, sila panjangkan maklumat ini, bagi kemudahan rakan-rakan kita yang baru.


Skian,




Dr Azizol Mohd Sharun.