Thursday, February 23, 2012

Harga SBW Jatuh Ke Paras Terendah: Apa strategi dan tindakan kita?

EDISI 25.03.12


Komoditi yang diperdagangkan di peringkat antarabangsa, ada ketikanya harga akan jatuh dan ada ketikanya pula naik. Sebagai contoh, komoditi minyak sawit dan getah asli. Saya percaya SBW juga tidak terkecuali daripada tekanan dan gangguan pasaran, yang mana akhirnya memberikan kesan kepada harga komoditi ini di Malaysia.


Pada tahun 1980, SBW mentah pernah diperdagangkan pada harga RM320.50 sekilogram. Mana kala pada tahun 1990, ia diperdagangkan dengan harga RM900.00 untuk sekilogram.


Apakah kita patut memberhentikan niat kita untuk terlibat dengan bidang usaha walit ini? Jawapan saya TIDAK bahkan inilah masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek rumah walit. Ikuti pendapat saya seterusnya:-


1. Jika masih ada pembeli dan berterusan, pada harga RM1,000 sekilogram, pelaburan untuk pembinaan RBW adalah merupakan satu pelaburan yang baik.


Sebagai contoh: Jika anda membuat pelaburan sebanyak RM100,000.00 untuk sebuah RBW. Rumah ini dianggarkan berskala 20'X40' dan dua tingkat. Pada tahun ke dua, rumah ini mampu menghasilkan sebanyak 1Kg sarang sebulan (bahkan lebih daripada itu). Sebagi pengiraan mudah, dalam SETAHUN anda akan mendapat pulangan sebanyak RM12,000.00. Secara kasarnya kadar pulangan kepada pelaburan anda (ROI) ialah 12% pada tahun ke dua. Pada tahun berikutnya, dengan kadar penghasilan yg sama ROI anda ialah 13.6%. Ada juga tahu penghasilan sarang akan naik dari tahun ke setahun.


Kalau anda perhatikan ROI 12% pun, ASB pun tidak mampu memberikan kadar dividen setinggi itu. Apatah kalau ia meningkat ke tahap 15% pada tahun yg ke 4. Apakah ia maisih tidak menguntungkan?


2. Sebagai perbandingan, barangan apa atau komoditi apa yang boleh memberikan harga setinggi RM1,000 sekilogram, dan tanpa kos? Saya tak nampak...Semalam (23hb.Februari,2012) sebuah kedai China di Kuantan menyatakan kepada saya, kalau gred AB, mereka sangup beli dengan harga RM1,700.00 sekilogram.


3. Jika dahulu, misalnya RBW kita menghasilkan 1 kg mentah (Tahun 2010) dan anda mendapat pendapatan RM4,000.00 sebulan. Pada harga RM1,000.00 sekilogram, untulk mendapat RM4,000.00 sebulan anda perlu ada kira-kira 4 kilogram sarang. Anda masih boleh mendapat RM4,000.00 sebulan apabila umur rumah walit telah mencapai 4 atau lima tahun. Maknanya, anda hanya perlukan masa sahaja, tanpa apa-apa tambahan kos yang baru. Dalam tempoh memberikan masa itu, kebarangkalian harga melonjak naik masih ada.


4. Masa di mana harga SBW rendah, adalah merupakan masa yang paling sesuai untuk kita memulakan projek. Kerana apa?


4.1. Kerana penghasilan SBW akan hanya bermula 2 tahun daripada sekarang. Pada hemat saya 2 tahun terhadapan ini, harga SBW akan pulih beransur-ansur. Ini juga bermakna, apa sahaja harga dalam tempoh ini, tidak akan menjejaskan anda, mungkin kebimbangan anda sahaja.


4.2. Saya telah difahamkan, kejatuhan harga SBW di pasaran pada hari ini, telah memberikan kesan kepada barangan untuk binaan RBW. Misalnya dahulu harga papan sirip Meranti merah (gred A) ialah RM2,800 untuk setan. Sekarang ia telah turun kepada RM 2,400.00 setan. Demikian juga halnya kepada bahan binaan yang lain. Maknanya sekarang kita boleh memperolehi sebuah RBW dengan kos yang lebih murah daripada sebelum ini. Bukan kah ini satu peluang?


4.3. Hasil jualan SBW, sesuai terus dilaburkan dengan membeli emas atau pun menyimpah ke dalam akaun emas di bank-bank tempatan. Pendekatan ini bagi tempoh jangka sederhana dan jangka panjang membolehkan wang kita terus berkembang sama dengan keadaan pasaran sekarang di mana harga sekilo serendah RM1,000.00


5. Pelaburan dengan membina RBW dengan kos sederhana, misalnya RM75,000.00, pada pendapat saya adalah merupakan satu pelaburan yang baik untuk memberikan pasive income (net) RM2,000.00 sebulan.


Fikir-Fikirkan...


Skian.